ADUAN BAGI BULAN JUN

SALAM SEMUA...
Saya mengalu-alukan pihak tuan untuk memberikan sebarang aduan bagi bulan Jun ini.Pihak saya akan memproses dan mengambil tindakan bagi setiap aduan yang di terima dan relevan.Sila letakkan aduan anda di ruangan comment

5 comments:

  1. Hi,

    lampu isyarat di simpang empat Jln Sungai Ujong (kat Taman AST) dah hilang beberapa bulan, harap JKR boleh pasang satu baru punya ASAP.

    P/S: Sangat baik ada blog macam ni, tapi ni betul2 JKR punya blog keh?? di laman web JKR tak ada link pun??

    Terima kasih banyak2.

    Regards,

    Ng Kian Wui

    ReplyDelete
  2. salam,

    mohon jkr jelebu untuk mamantau pokok-pokok disepanjang jalan chennah ke batu 18 hulu langat. ini kerana sejak kebelakangan ini kerap berlaku pokok tumbang di sepanjang laluan tersebut. harap pihak JKR dapat mengambil tindakan secepat mungkin.
    sekian, terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salaam,
    Mohon jasabaik pihak JKR Rembau melihat keadaan kemasan kerja memasang longkang ( yang telah selesai?) di tepi laluan jalan utama dari arah Kg Perah, Kota keluar ke Bongek. Lokasi tersebut ialah bersebelahan padang Sekolah Men Agama Hj Mohd Yatim sejauh lebih kurang 1/2 kilometer.

    Masalah yang diajukan di sini ialah puing-puing ( debris) spt batu-batu besar (boulders), serpihan konkrit, paip lama, batang2 besi, dsb masih bersepah di lokasi. Pendek kata kerja kemasan oleh pihak kontraktor amat teruk sekali atau boleh dikelaskan sbg 'very shoddy workmanship' dari aspek pembinaan.

    Saya telah bertemu Jurutera Awam JKR Rembau, Puan Izma berhubung perkara ini dan hingga sekarang belum nampak sebarang tindakan telah diambil.

    Diharap pihak JKR mengambil langkah yang sewajarnya berlandaskan Misi, Objektif dan Piagam yang diwar-warkan di Portal jabatan.

    Ikhlas

    Nazruddin bin Mohd Sarif

    ReplyDelete
  4. salam..
    mohon periksa semula lampu isyarat ke simpang untuk masuk exit tol PLUS ke arah Johor bharu dari Seremban..Lampu hijau terlalu cepat bertukar ke lampu merah yang dianggarkn hanya 3 4 buah kereta sahaja yg sempat bergerak...Oleh keadaan demikian, sesak teruk biasanya pada awal pagi..

    Ikhlas
    Siti Saleha Abdul Rahim

    ReplyDelete
  5. Mohon jasa baik jkr seremban,jln di lorong senawang 3/2,senawang industrial estate,rosak dan berlubang,lubang berkenaan semakin hari semakin memanjang jika hujan turun,dan menyukarkan kenderaan keluar masuk menggunakan jln tersebut sbb sempit.

    ReplyDelete